
R Kumutha
Meninggal dunia pada 13 Julai 2021
R Kumutha
- Tarikh Kematian
- 13 Julai 2021
- Tempat
- Putrajaya
Mengenai R Kumutha
R Kumutha, 42, meninggal dunia pada 13 Julai 2021 di Hospital Putrajaya dan beliau ialah pegawai khas kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff. Mendiang yang juga Ketua Wanita Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) Pusat dan Ketua DHPP Johor terkenal dalam sokongannya terhadap perjuangan parti PAS sejak lebih 15 tahun lalu meskipun bukan seorang Muslim. Menurut Siti Zailah, mendiang ialah seorang yang sentiasa bersedia membantu semua yang memerlukan. Malah, mendiang masih komited melaksanakan tugas menguruskan aduan-aduan yang diterima pejabatnya pada saat-saat akhir pemergiannya.
Sentiasa dalam kenangan
CT A.
RIP