
Muhammad Hanizam Azman
Meninggal dunia pada 13 Ogos 2021
Muhammad Hanizam Azman
- Tarikh Kematian
- 13 Ogos 2021
- Tempat
- Kedah
Mengenai Muhammad Hanizam Azman
Muhammad Hanizam Azman, 30, meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani pada 13 Ogos 2021. Anak kedua daripada lima beradik yang lebih mesra dipanggil Angah itu belum pernah mendirikan rumah tangga, namun mempunyai anak angkat berusia dua tahun. Arwah ialah penyanyi yang pernah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2019 selain peroleh hadiah utama dalam pertandingan Bintang Asli Remaja dihoskan kerajaan Kedah pada tahun 2014. Dia tinggal di Kampung Teluk Nipah, Kuala Muda dan sering membuat persembahan dalam program dengan penduduk tempatan. Menurut sepupunya, Khairul Hairuzi Osman, arwah yang juga bekerja di sebuah restoran itu disifatkan sebagai seorang peramah dan murah hati.
Sentiasa dalam kenangan
Eric Fauziey
Tak sangka pemergian sahabat maya ni viral. Namun segalanya adalah ketentuan Allah jua. Semoga dirahmati dan di ampuni segala dosa² Angah. اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه