Logo untuk MEMORIAL COVID-19 MALAYSIA, lukisan paru-paru yang dijangkiti Covid-19.
Mesra disleksia
Kembali ke laman Memorial
Saharuddin Sulaiman, wearing a black shirt and a chino trousers, in a pensive mood sitting with his luggage in a waiting lounge

Saharuddin Sulaiman

Meninggal dunia pada 20 Julai 2021

Saharuddin Sulaiman

Tarikh Kematian
20 Julai 2021
Tempat
Selangor

Mengenai Saharuddin Sulaiman

Saharuddin Sulaiman meninggal dunia pada 20 Julai 2021. Anak kelahiran Johor ini ialah seorang suami dan bapa dan disifatkan sebagai seorang bapa dan suami yang baik hati, berbudi bahasa dan murah hati. Anak saudaranya, Wan Nadia, yang tinggal di Singapura berkongsi: Walaupun kami tinggal di dua negara berbeza, saya bersaksi bahawa Uncle Saharuddin Sulaiman seorang yang baik hati, penyayang dan lemah lembut pertuturan. Beliau amat menyayangi ibu saya. Apabila kami ke Rotiboy Cafe di Subang Parade, beliau akan memegang tangan ibu saya dan berbual tentang kehidupan mereka. Semasa saya tamat pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan menghadiri konvokesyen pada tahun 2011, kami bertemunya dan keluarganya untuk makan malam. Beliau belanja kami makan Pizza Hut untuk meraikan konvokesyen saya. Apabila ibu saya memberitahunya bahawa saya mendapat kepujian kelas pertama, beliau menjabat tangan saya dan mengucapkan tahniah serta memeluk saya dengan erat. Beliau berpesan pada anaknya, Athira, supaya belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dalam pelajaran. Hati saya remuk melihat proses pengebumiannya yang disiarkan melalui FB Live sepupu saya. Saya boleh lihat petugas memakai PPE mengusung dan menurunkannya ke liang lahad. Jaga diri anda semua dan luangkan seikit masa untuk sedekahkan al-Fatihah untuk pak cik saya, Haji Saharuddin Sulaiman. Uncle akan dirindui. Salam sayang dan peluk dari saya.

Sentiasa dalam kenangan

  • Huda | Niece

    Alfatihah to Pakcu.

Kongsi kata-kata penghormatan