
Faridah Omar
Meninggal dunia pada 4 Ogos 2021
Faridah Omar
- Tarikh Kematian
- 4 Ogos 2021
Mengenai Faridah Omar
Faridah Omar, 35, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani pada 4 Ogos 2021. Faridah bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang dan sebelum meninggal dunia sempat pesan kepada anaknya, Muhd Syakir Safwan berusia 10 tahun untuk menjaga adik-beradiknya dan sentiasa mendengar nasihat neneknya. Dia ialah ibu kepada lima anak - Mohd Aidiq Ikhwan, 15; Muhd Aidil Asraf, 14; Muhd Syakir, 10; Muhd Syafiq Haikal, 8; Muhd Faris Iskandar, 6 dan Muhd Amsyar Hakimi, 4.
Sentiasa dalam kenangan
rulidacollections
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah (dibaca).