Logo untuk MEMORIAL COVID-19 MALAYSIA, lukisan paru-paru yang dijangkiti Covid-19.
Mesra disleksia
Kembali ke laman Memorial
Abdul Aziz bin Ibrahim, an elderly man in kopiah, collared T-shirt and khaki trousers. He is holding a cane and has lowered his face mask to his chin. He poses next to his wife.

Abdul Aziz Ibrahim

Meninggal dunia pada 29 Mei 2021

Abdul Aziz Ibrahim

Tarikh Kematian
29 Mei 2021
Tempat
Kedah

Mengenai Abdul Aziz Ibrahim

Abdul Aziz Ibrahim meninggal dunia pada 29 Mei 2021 dan antara 15 orang yang terkorban dalam Kluster Dah Mahsuri. Isterinya dan beberapa ahli keluarga serta jiran juga dijangkiti. Menurut anak bongsunya, Mohd Azrul, 37, kematian ayahnya mengejutkan mereka sekeluarga kerana sejak mula arwah dijangkiti, Abdul Aziz tidak mempunyai gejala yang serius. Menurut Azrul, arwah bapanya dilaporkan doktor meninggal dunia dalam tidur. Lebih menyedihkan, mereka terpaksa menyampaikan berita tersebut kepada ibu mereka yang ketika itu turut dirawat di hospital akibat Covid-19. Azrul menyifatkan ayahnya sebagai sangat tegas dalam mendidik anak-anak, namun ramah dan rajin serta dikenali dalam kalangan penduduk tempatan terutama jemaah masjid. Abdul Aziz meninggalkan tiga orang anak dan tiga cucu . Beliau adalah pesara tentera yang berkhidmat dari tahun 1971 hingga 1991 dan terlibat langsung semasa pemberontakan komunis dahulu. Menurut Azrul, tugas bapanya menyebabkan mereka sering berpindah-randah termasuk ke Sarawak dan Pahang sebelum beliau akhirnya berkhidmat di Kor Perkhidmatan, Kem Sungai Besi sebelum bersara.

Sentiasa dalam kenangan

  • Zack

    Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah
  • Eyda

    Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah (di baca). Terima kasih papa atas segala tunjuk ajar, kasih sayang dan kebahagian buat kami adik beradik.
  • MOHD SHAZWAN NABIL BIN SHUKOR

    Al-fatihah untuk arwah pak aziz. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yg beriman dan soleh.

Kongsi kata-kata penghormatan