
Suhairul Afzan Supian
Meninggal dunia pada 18 Ogos 2021
Suhairul Afzan Supian
- Tarikh Kematian
- 18 Ogos 2021
- Tempat
- Selangor
Mengenai Suhairul Afzan Supian
Suhairul Afzan Supian atau lebih dikenali sebagai Abai meninggal dunia di Hospital Ampang pada 18 Ogos 2021. Ahli PAS Kg Sungai Sering, Bukit Antarabangsa, Ampang itu disifatkan sebagai orang yang murah hati dan selalu terlibat aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.
Sentiasa dalam kenangan
Siti Rubiyatun bt Mohd Mustawi | Colleague
En Suhairul orang yang baik dan peramah. Semoga Allah luaskan kuburnya dan ampunkan dosa dosanya. Amin yaa RabYourSon | Colleague
Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, bebaskanlah dan lepaskanlah dia. Dan muliakanlah dan luaskanlah tempat tinggalnya. Luaskanlah jalan masuknya, cucilah dia dengan air yang jernih lagi sejuk, dan bersihkanlah dia dari segala kesalahan bagaikan baju putih yang bersih dari kotoran, dan gantilah rumahnya dengan rumah yang lebih baik daripada yang ditinggalkannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga, dan lindungilah dari seksanya kubur serta fitnahnya dan dari seksa api neraka.Siti Hafizah Zakaria | Friend
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah (di baca). Damailah disana abg suhairul…You’ll be missed.