Logo untuk MEMORIAL COVID-19 MALAYSIA, lukisan paru-paru yang dijangkiti Covid-19.
Mesra disleksia
Kembali ke laman Memorial
Nurrul Farizan hugs her aunt Norwati Myooun. Both women wear spectacles and headscarves.

Norwati Myooun

Meninggal dunia pada 19 Ogos 2021

Norwati Myooun

Tarikh Kematian
19 Ogos 2021
Tempat
Selangor

Mengenai Norwati Myooun

Norwati Myooun, 46, meninggal dunia pada 19 Ogos 2021. Dia disifatkan sebagai ibu saudara, kakak dan ibu yang ceria dan baik hati. Anak saudaranya, Nurrul Farrizan berkongsi: Kami kehilangan ahli keluarga tersayang makcik kesayangan kami, yang kami panggil Busu Wati. Busu Wati adik bongsu Ayah. Busu Wati meninggal akibat Covid-19 dan komplikasi lain. Kali terakhir kami bertemu ialah Syawal kedua tahun lalu (2020). Kami beraya di sini sebab tak boleh balik kampung. Lepas daripada itu, kami berbalas mesej WhatsApp dan panggilan telefon. Masa di Subang Jaya kami membesar bersama. Kami adik-beradik dan semua sepupu rapat dengan Busu Wati. Busulah orang yang saya cari kalau ada rahsia atau gosip. Kalau dah macam adik-beradik, sudah tentu juga ada juga gaduh. Dulu, setiap kali nak tidur saya kena main kuku dia supaya dia boleh tidur cepat. Tapi lepas tu kami bersembang sampai pagi. Bila nak bangun pergi sekolah jadi liat. Setiap kali ada yang minat ke Busu, dia akan tanya, "Ayang, macam mana? Okay ke?" Sebab Busu cantih, weyh! Ya Allah, bila terfikir ni saya rasa sedih dan tak percaya dia dah tiada. Busu Wati seorang yang manja dengan ayah, mak dan adik-beradiknya. Bukan itu saja, keluarga belah ibu kami pun sayang dia macam adik juga dan anak-anak buah mak pun rasa kehilangan Busu. Kalau dia dengar ayah atau mak tak sihat, dia akan call untuk dapatkan keadaan terkini. “Ayah/Mak mcm mana?” Dia seoarang wanita dan ibu yang baik hati. Saya sempat bercakap dengan dia sebelum ambulans bawa dia ke hospital. Kami berbual pendek sahaja sebab dia dah mula sesak nafas. Saya takkan lupakan kata-kata terakhir saya kepadanya: “I love you Busu, Ayang sayang Busu.” Dia jawab, “ I love you too, Ayang” Kini saya dah tak boleh jumpa Busu, berborak, gelak dan gosip bersama Busu. Saya rindu berbual dengan Busu sebab belum apa-apa kami dah gelak bersama. Kami akan merinduimu, Busu.

Sentiasa dalam kenangan

Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.

Kongsi kata-kata penghormatan