
Mohamed Salleh Abas
Meninggal dunia pada 16 Januari 2021
Mohamed Salleh Abas
- Tarikh Kematian
- 16 Januari 2021
Mengenai Mohamed Salleh Abas
Mohamed Salleh Abas meninggal dunia pada 16 Januari 2021 pada usia 91 tahun, dua hari selepas disahkan positif Covid-19. Beliau menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu. Bekas Ketua Hakim Negara (1984-1988) ini juga pernah memenangi kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih atas tiket PAS pada 1999. Anak kelahiran Besut, Terengganu ini memperoleh ijazah dalam bidang undang-undang di Universiti Wales, United Kingdom pada tahun 1949. Beliau kembali ke tanah air pada tahun 1957 dan berkhidmat sebagai majistret di Kota Bharu, Kelantan dan pada tahun sama tidak lama selepas kemerdekaan, beliau dipindahkan ke Kuala Lumpur serta berkhidmat sebagai Penolong Pendakwa Raya. Beliau kemudian kembali melanjutkan pengajiannya dalam undang-undang antarabangsa dan perlembagaan di Universiti London sebelum kembali semula ke tanah air pada 1962. Beliau kemudiannya menyandang pelbagai jawatan di bawah Jabatan Peguam Negara dan akhirnya dilantik sebagai Peguam Cara Negara. Sumbangan terbesar beliau terhadap negara pastinya adalah sebagai salah seorang ahli jawatankuasa penggubal Rukun Negara yang kemudiannya diisytiharkan secara rasmi sebagai Falsafah Kebangsaan Negara pada tahun 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-4. Dalam bidang penulisan pula, beliau dikenali sebagai tokoh akademik dan intelektual yang banyak menghasilkan buku-buku ilmiah termasuk Prinsip Perlembagaan & Pemerintahan di Malaysia, Pilihan Raya Malaysia dan buku terkenal May Day For Justice: The Lord President’s Version (tulisan bersama penulis terkenal, K Das) yang menceritakan kisah pemecatan beliau sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1988. Berita kematiannya mendapat liputan meluas selain KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta YAB Perdana Menteri turut mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Jenazah arwah dikebumikan bersebelahan dengan kubur isteri beliau, Azimah Mohd Ali yang meninggal dunia pada tahun 2016. Beliau meninggalkan seorang balu Junaidah Wan Yusof, lima orang anak dan 26 orang cucu
Sentiasa dalam kenangan
Lisa
Tun, no amout of words are enough to describe how thankful we are for your contributions (and sacrifices) to this country. You deserved so much better after all that you've done. I pray that you did not suffer much towards the end. We will always remember you. We will celebrate your legacy. Al-fatihah.