Logo untuk MEMORIAL COVID-19 MALAYSIA, lukisan paru-paru yang dijangkiti Covid-19.
Mesra disleksia
Kembali ke laman Memorial
A portrait Manimaran S Gopalakrisnan. He is smiling and wearing a chequered shirt.

Manimaran S Gopalakrishnan

Meninggal dunia pada 15 Julai 2021

Manimaran S Gopalakrishnan

Tarikh Kematian
15 Julai 2021
Tempat
Selangor

Mengenai Manimaran S Gopalakrishnan

Manimaran S Gopalakrishnan, 54, meninggal dunia pada 15 Julai 2021. Anak saudara beliau, Kaveendra berkongsi: Beliau disifatkan sebagai seorang pemurah dan baik hati serta sentiasa membantu mereka yang memerlukan bantuan. Beliau seorang anak, abang, abang ipar, anak saudara dan bapa saudara yang penyayang serta seorang yang budiman. Penyokong tegar Manchester United ini juga meminati muzik rock dan indie selain gemar mendengar muzik dari kumpulan AC/DC, Depeche Mode dan the Bee Gees. Beliau seorang yang aktif dalam kerja kebajikan sehinggalah ke hari-hari terakhirnya. Beliau sering menghantar barang keperluan kepada rumah anak yatim dan pusat jagaan warga emas. Beliau seorang yang periang dan membawa kegembiraan ke semua majlis yang dihadirinya. Beliau sering berjenaka dan membuat orang tertawa. Saya mengenali beliau sebagai Periapa (bapa saudara sulung) saya. Kami sering berkongsi idea untuk tattoo kerana kami berdua minat akan seni tattoo. Beliau akan sentiasa dirindui dan berada dalam kenangan sahabat dan keluarganya.

Sentiasa dalam kenangan

  • Sittappa

    OUR CHELLA THAMBI FOREVER
  • Chithra Latha R | Sister in Law

    Anney ( brother ) to me who was always there for me to call and chat on anything and everything. Missing his good morning messages, the random calls in the morning to chat about family and world affairs . He has left a void in all of us. Your memory will never fade and will always remain with us. Rest in Peace my dearest brother in law.

Kongsi kata-kata penghormatan