Logo untuk MEMORIAL COVID-19 MALAYSIA, lukisan paru-paru yang dijangkiti Covid-19.
Mesra disleksia
Kembali ke laman Memorial
Rokiah Laton sits on a wing chair, while wearing a floral baju kurung and headscarf. The picture was taken on Hari Raya Aidilfitri 2021.

Rokiah Laton

Meninggal dunia pada 2 Ogos 2021

Rokiah Laton

Tarikh Kematian
2 Ogos 2021
Tempat
Selangor

Mengenai Rokiah Laton

Rokiah Laton, 74, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang jam 7.05 pagi pada 2 Ogos 2021. Beliau mempunyai 12 orang anak dan lebih dari 50 orang cucu. "Kami amat merinduimu, mak. InsyaAllah, kita akan bertemu lagi. Al-Fatihah."

Sentiasa dalam kenangan

  • Salinar Rahmat | Daughter

    Mak Srikandi kami Dari sebesar tapak tangan Dengan tangan mu menyuap kami makan Dibelai diasuh menjadi manusia Bersengkang mata dikala sakit pening Kau tak pernah ambil enteng Apakah cukup selama ini yang kuhulur Biar segunung dan seluas lautan Jasa mu Mak tak bisa ku balaskan Mak... Melihat mu terbujur kaku hatiku hancur retak seribu Gelap gulita dunia ini kurasa Pendemic Covid 19 lah punca Mak… Tanpa sedar aku menghiris hati mu Tanpa sengaja menjatuhkan air mata mu Betapa aku alpa dengan kehidupan ku Maafkan segala khilafku Mak… Betapa aku ingin kau gembira Lupakan segala duka lara Hari-hari terakhir kita bersama Hanya air mata dan doa Mak pulih seperti sedia kala Mak… Terima kasih kerana susu mu Terima kasih kerana menumpang rahim mu Terima kasih melahirkanku Terima apa adanya lebih dan kurang diriku Mak… Sudi kiranya menjadi Ibu sekali lagi di syurga firdausi Bersama-sama Arwah Abah dan yang lainnya sebagai sebuah keluarga kekal abadi selamanya Mak… Ampunkan segala dosa-dosa yang ku sembunyi dan ku ulangi Bersemayamlah Mak dengan tenang bersama para Solehin dan para Anbiya Mak insan terpilih syahid akhirat kerana Allah s.w.t “Jangan kamu mandikan jenazah mereka, kerana setiap luka atau darah, akan mengeluarkan bau harum kasturi pada hari kiamat nanti.” Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Karim... Innalillahhiwainnailahirojiun... Semoga Allah merahmati roh mu Memuliakan kematian mu Mengampuni segala kesalahan mu Terima solat dan amal jariah mu Menjadikan syurga sebagai ganti tempat mu Amin Amin Amin ya rabbal alamin... Al fatihah Srikandi Bonda tercinta Rokiah Bt Laton 9.10.1946 - 2.8.2021 Syahid Covid-19 Nukilan anakanda- Salinar Rahmat

Kongsi kata-kata penghormatan