
Badrulzaman Mohd Ghazali
Meninggal dunia pada 2 Ogos 2021
Badrulzaman Mohd Ghazali
- Tarikh Kematian
- 2 Ogos 2021
- Tempat
- Kuala Lumpur
Mengenai Badrulzaman Mohd Ghazali
Badrulzaman Mohd Ghazali, 49, meninggal dunia pada 2 Ogos 2021. Anak jati Tanjung Karang ini ialah pegawai perhubungan perusahaan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perusahaan Alat-alat Pengangkutan dan Sekutu, serta bekas juruteknik pesawat selama 16 tahun. Pemergian beliau sangat dirasai aktivis gerakan buruh tempatan yang menyifatkan Badrulzaman selaku individu di sebalik tabir bagi setiap kempen dan gerakan buruh dalam negara. Rakan-rakan seperjuangannya menggambarkan beliau sebagai seorang yang sentiasa berusaha membantu sesiapa sahaja yang bermasalah tanpa mengira latar belakang. Beliau juga seorang tegas dan sentiasa bersuara memperjuangkan keadilan pekerja .
Sentiasa dalam kenangan
Hj Mohd Ali | Uncle
إنا لله وإنا إليه راجعون