Zainiah Dollah
Meninggal dunia pada 17 Ogos 2021
Zainiah Dollah
- Tarikh Kematian
- 17 Ogos 2021
Mengenai Zainiah Dollah
Zainiah Dollah, 48, meninggal dunia pada 17 Ogos 2021. Beliau antara tiga beradik - Piah, 66 dan Maznah, 52, yang juga meninggal dunia disebabkan Covid-19 dalam tempoh dua hari. Mereka mempunyai 13 orang adik-beradik. Selain itu, anak saudara lelaki mereka, Mohd Nazrin Asim, 28, turut meninggal dunia beberapa minggu sebelum itu. Pemergian beberapa orang ahli keluarga dalam tempoh yang singkat memberi kesan mendalam kepada keluarga. Ibu kepada tiga beradik, Puteh Endot, 87 ketika ditemui Harian Metro berkata, "Saya reda dengan apa yang berlaku kerana setiap kejadian ada rahmat dan anugerah daripada Pencipta yang tidak diketahui." "Hanya doa untuk keempat-empat mereka. Mereka semua berada dalam keadaan sihat, namun takdir Allah tidak dapat diatasi. "Apapun, saya bersyukur kerana urusan pengebumian mereka di lokasi berbeza sudah selamat walaupun tidak dapat diuruskan seperti jenazah biasa. Malah anak-anak lain, menantu dan cucu yang juga positif Covid-19 sebelum ini juga sudah pulih serta selesai menjalani kuarantin,"
Sentiasa dalam kenangan
Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.