
Othman Hassan
Meninggal dunia pada 30 Ogos 2021
Othman Hassan
- Tarikh Kematian
- 30 Ogos 2021
- Tempat
- Melaka
Mengenai Othman Hassan
Othman Hassan, 60, meninggal dunia di Hospital Melaka jam 9.11 pagi pada 30 Ogos 2021. Beliau meninggalkan seorang isteri, tujuh orang anak dan lima cucu. Beliau aktif bergiat dalam badan bukan kerajaan termasuk Rukun Tetangga. Anaknya berkongsi: "Ayah seorang yang peramah, ceria dan sangat baik selain suka melibatkan diri dengan program kemasyarakatan. "Ayah juga seorang bekas pegawai Pos Malaysia. "Sebelum ayah positif Covid-19 beliau bertugas sebagai sukarelawan Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) anjuran Jabatan Perpaduan Negeri Melaka. Itulah pekerjaan terakhir Ayah. "Kami sekeluarga akan sentiasa mengingati kenangan dan akan sentiasa mendoakan untuk Ayah sehingga akhir hayat kami. Semoga arwah ayah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin🤲🏻🤲🏻."
Sentiasa dalam kenangan
SITI NUR AMIRA BINTI OTHMAN | anak
semoga ayah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..aminn...kaklong rindu ayah..