Logo untuk MEMORIAL COVID-19 MALAYSIA, lukisan paru-paru yang dijangkiti Covid-19.
Mesra disleksia
Kembali ke laman Memorial
Najwa Nadhirah Zainudin in poses for a selfie. She is wearing a headscarf and dark rimmed glasses.

Najwa Nadhirah Zainudin

Meninggal dunia pada 7 Oktober 2021

Najwa Nadhirah Zainudin

Tarikh Kematian
7 Oktober 2021
Tempat
Johor

Mengenai Najwa Nadhirah Zainudin

Najwa Nadhirah Zainudin, 26, meninggal dunia pada 7 Oktober 2021 selepas bertarung Covid-19 selama beberapa minggu di unit rawatan rapi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Pembantu pegawai perubatan di Pekan Nenas, Pontian yang lebih mesra dipanggil Wawa ini ialah seorang isteri, kakak dan anak. Adiknya, Nurin Nasuha berkongsi: "Doakan kakak, Najwa Nadhirah Zainudin tenang, jauh dari azab, diampunkan segala dosa dan moga setiap kebaikan dan keindahan jiwa kakak diingati setiap manusia yang pernah kenal kakak. "Saya minta maaf, kakak. Saya amat menyayangi kakak dan akan merindui kakak. Senyuman kakak, kenakalan kakak. Segala-galanya tentang kakak. Kakak rehatla sepuas-puasnya di sana yaa. Allahummagh firlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu."

Sentiasa dalam kenangan

Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.

Kongsi kata-kata penghormatan