Logo untuk MEMORIAL COVID-19 MALAYSIA, lukisan paru-paru yang dijangkiti Covid-19.
Mesra disleksia
Kembali ke laman Memorial
Misnon Ramli is assisted by his son out of the home. He is wearing a kopiah T-shit and sarong. The photo was taken before they left for the clinic, and minutes before he died en route.

Misnon Ramli

Meninggal dunia pada 8 Oktober 2021

Misnon Ramli

Tarikh Kematian
8 Oktober 2021
Tempat
Selangor

Mengenai Misnon Ramli

Misnon Ramli, 65, meninggal dunia pada lebih kurang 8 pagi pada 8 Oktober, 2021. Beliau disahkan positif Covid-19 pada 1 October. Pada hari sebelumnya, beliau mengadu sakit-sakit badan selepas memotong rumput. Beliau menjalani kuarantin di rumah. Pada 8 Oktober, beliau semakin lemah maka keluarganya membawanya ke klinik. Namun beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Bukit Changgang. Anaknya berkongsi: "Dalam tempoh 40 hari sebelum ayah dijemput Penciptanya, Ayah sering ke kebun bersihkan kawasan kebun sekitar rumah aku. Ayah juga sempat merasa jagung yg aku tanam tempoh hari. Itu lah, katanya, minta tanam jagung sebelah setor supaya kawasan itu tak penuh dengan lalang. Manfaatkan ruang itu. "Dalam tempoh itu juga, Ayah memberi pesanan dan meluahkan perasan Ayah. Sebelum ini kami hanya berborak hal-hal biasa, tak pernah sekali Ayah luahkan perasan dan itulah yg awal dan terakhir luahan beliau. "Ayah menghembuskan nafas dlm kereta antara 8-9 pagi dlm perjalanan ke klinik. "Alhamdulillah, Ayah dikebumikan pd hari yg sama. Biasanya, jenazah Covid-19 ini ambil masa beberapa hari untuk dikebumikan. Ada yg bertanya bila Ayah meninggal? Lalu dijawab, "Pagi tadi". Ya Allah, cepatnya proses utk kembali menemui Pencipta. "Ayah pernah beritahu teringin nak meninggal hari Jumaat, teringin nak meninggal dalam Covid-19. Alhamdulillah hajat Ayah tercapai. Alhamdulillah, Allah mudahkan segala urusan Ayah. "Ayah juga pernah berpesan kalau Ayah nk pergi nanti, Ayah tak nak susahkan siapa-siapa (waris). Ya Allah, hajat ayah termakbul. Aturan utk Ayah sangat baik. " Amalan yang sering diingatkan pada anak-anak: - Solat awal waktu - Mengaji - Infaq subuh - Sedekah - Zikir "Alhamdulillah, musollah yang dibina atas tanah Ayah telah siap sebelum Ayah dijemput Illahi. "Perjalanan untuk Ayah pulang menemui Pencipta sangat mudah dan sangat sempurna. "Pada aku, Ayah pergi bukan disebabkan Covid-19 tetapi itulah masa yang telah ditetapkan utk Ayah. Jika telah tiba masanya malaikat turun mencabut nyawa, tiada lagi istilah lambat walau sesaat."

Sentiasa dalam kenangan

Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.

Kongsi kata-kata penghormatan