
Abdul Salim Abdul Ghani
Meninggal dunia pada 24 September 2021
Abdul Salim Abdul Ghani
- Tarikh Kematian
- 24 September 2021
- Tempat
- Kuala Lumpur
Mengenai Abdul Salim Abdul Ghani
Abdul Salim Abdul Ghani meninggal dunia pada 24 September, 2021. Rakannya, Amin Ali Sidik, berkongsi: "Kenangan 30 tahun menjadi sahabat rapat dan sahabat seperjuangan, kenangan ku mendidik, membimbing arwah mendalami ilmu agama dan ilmu ulum AL-Quran itu lah kekuatanku. "Pandemik Covid 19 telah menguji semua orang, ramai turut merasai kesakitan kehilangan orang tersayang yang selalu disisi, dihati dan menemani jiwa hari-hari. Tanpa-ku sangka! Tanpa-ku duga, Aku juga! Rasa satu dentuman halilintar yang memecah gunung-ganangโฆ Sakit kehilangan sahabat akrab yang ada dalam jalur masa nan indah dan apa jua situasi dulu! "Sememangnya kesedihan tidak dapat dihindar namun aku percaya bahawa kematian adalah pasti untuk setiap insan. Sama ada cepat atau lambat, kematian pasti datang. Bila? Di mana? Bagaimana cara atau apa sebabnya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. "Tiada yang kekal di dunia ini dan bagi manusia. Ya Rabbul Alameen, Ya Rahmatul'alameen syukur kepada-Mu, Ya Allah atas anugerah seorang sahabat baik. Setiap amanat yang diucapkan sebelum arwah ditidurkan ku-dakap, dan akan ku-laksana . InsyaAllah.a "๐๐ฅ ๐ ๐๐ญ๐ข๐ก๐๐ก ๐๐ฎ๐๐ญ ๐ฎ๐ฟ๐บ๐ฎ๐ฟ๐ต๐๐บ ๐๐๐๐ฎ๐ฅ ๐๐๐ฅ๐ข๐ฆ ๐๐๐๐ฎ๐ฅ ๐๐๐ง๐ข. ๐๐๐ง๐๐ง๐ ๐ฅ๐๐ก ๐ค๐๐ฎ ๐๐ข ๐ง๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐๐ข..๐๐ฅ ๐ ๐ข๐ซ๐๐๐ฎ๐ฌ!"
Sentiasa dalam kenangan
Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.