Logo untuk MEMORIAL COVID-19 MALAYSIA, lukisan paru-paru yang dijangkiti Covid-19.
Mesra disleksia
Kembali ke laman Memorial
Mohamad Zaim bin Rosman is a young man wearing a baju melayu and songkok. He has a slight mustache and goatee.

Mohamad Zaim bin Rosman

Meninggal dunia pada 24 September 2021

Mohamad Zaim bin Rosman

Tarikh Kematian
24 September 2021
Tempat
Kelantan

Mengenai Mohamad Zaim bin Rosman

Mohamad Zaim bin Rosman meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan, pada 24 September, 2021, jam 12.20 tengahari. Beliau seorang anak, abang dan suami yang dikasihi. Isterinya berkongsi: "Hari yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila, 24 September, 2021, lebih kurang 12.20 tengahari, ketika itu keluarga saya diberi ujian yang sangat besar. "Dunia seakan gelap buat kami, atas kehilangan insan yang kami paling sayang. Suami saya telah dijemput Ilahi setelah beberapa hari melawan Covid-19. "Tiada daya dan upaya kami sebagai hamba-Nya untuk menolak takdir yang telah ditetapkan. Yang pergi takkan kembali, yang masih hidup teruskan beramal di atas bumi Allah. Sungguh, tiada perpisahan yang menggembirakan. "Pemergian arwah yang sangat dicemburui. Arwah meninggalkan kami pada hari Jumaat dan kematiannya di sebabkan wabak. Moga syurga Firdaus buatmu suami. Sayang Abang."

Sentiasa dalam kenangan

Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.

Kongsi kata-kata penghormatan