
Sallehudin bin Hamid
Meninggal dunia pada 15 Oktober 2021
Sallehudin bin Hamid
- Tarikh Kematian
- 15 Oktober 2021
- Tempat
- Kelantan
Mengenai Sallehudin bin Hamid
Sallehudin bin Hamid meninggal dunia pada 15 Oktober, 2021, jam 12.05 pagi. Beliau meninggal dunia lebih kurang dua minggu selepas isterinya, Siti Haliah Deraman. Beliau seorang bapa yang disayangi. Anak pasangan ini, Mimi, berkongsi: "Inilah pengakhiran kisah cinta arwah ibunda dan arwah ayahanda kami, yang sentiasa susah senang bersama. Berpisah dan kembali bersama sehingga ke akhir nafas. Covid-19 hanya asbab."
Sentiasa dalam kenangan
Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.