Logo untuk MEMORIAL COVID-19 MALAYSIA, lukisan paru-paru yang dijangkiti Covid-19.
Mesra disleksia
Kembali ke laman Memorial
Remembrance message for Morsidi @ Kaji bin Ludin from his granddaughter, Iris. She describes him as her warrior, and someone who was always smiling.

Morsidi @ Kaji bin Ludin

Meninggal dunia pada 15 Oktober 2021

Morsidi @ Kaji bin Ludin

Tarikh Kematian
15 Oktober 2021
Tempat
Sarawak

Mengenai Morsidi @ Kaji bin Ludin

Morsidi @ Kaji bin Ludin meninggal dunia di Hospital Miri pada 15 Oktober, 2021. Beliau seorang suami, bapa dan datuk yang dikasihi. Cucu-cucunya memanggilnya Nini. Cucunya, Iris, berkongsi: "Kehilangan ini satu kenangan yang tidak pernah kami lupakan. Covid-19 menjadi asbab pemisah kita semua bersama. "Rindunya kami semua pada Nini tiada penghujungnya. Kenangan bersama Nini sntiasa kami ingati. "Nini insan yang sangat baik, penyabar, pemurah, sentiasa bersyukur lagi taat padaNya. Ya Allah, sungguh hati ini rindu. Kami rindu kan Nini setiap masa. "Senyuman Nini yg kami rindui sentiasa dilakar di bibir Nini untuk sesiapa sahaja yang dijumpai. "Sungguh, Nini insan yg sangat istimewa untuk kami semua. Kami redha pemergian Nini tapi rindu kami pada Nini hanya Allah sahaja yang tahu. "Setiap saat kenangan kita bersama berada dalam ingatan. Wajah dan senyuman Nini sntiasa dalam ingatan kami. "Tenanglah disana, Nini. Hanya doa kami semua yang dapat kami kirimkan untuk Nini disana. "Kami berjanji akan jaga permata hati Nini yang Nini tinggalkan sebaik mungkin. Semoga Nini Bini tabah menerima semua ujian ini. "Al fatihah🤲🤲🤲buat Nini yang dalam kenangan. Rindu yang tiada penghujungnya."

Sentiasa dalam kenangan

Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.

Kongsi kata-kata penghormatan