
Sakaran Dandai
Meninggal dunia pada 30 Ogos 2021
Sakaran Dandai
- Tarikh Kematian
- 30 Ogos 2021
- Tempat
- Sabah
Mengenai Sakaran Dandai
Tun Sakaran Dandai, 91, meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu jam 6 pagi pada 30 Ogos 2021. Beliau berkhidmat sebagai Yang diPertuan Negeri Sabah dari Januari 1995 hingga Disember 2002 selepas menjadi Ketua Menteri Sabah dari Mac hingga Disember 1994. Beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Semporna selama 10 tahun iaitu dari Ogos 1986 ke April 1995. Anak saudaranya, Mohd Shafie Apdal ialah Ahli Parlimen Semporna yang juga bekas menteri dan Ketua Menteri Sabah. Sakaran meninggalkan isteri, 12 anak dan ramai cucu.
Sentiasa dalam kenangan
Nurfatihah binti taufiq | great-granddaughter
Semoga arwah moyang ditempatkan orang-orang yang beriman semoga allah merahmatimu Love you moyang tun haji sakaran hasim bin dandaiAziah Sulaiman Yassin
Semoga ditempatkan bersama ahli ahli SyurgaAhadin
Semoga Allah SWT menempatkan roh Allahyarham bersama dengan orang yang beriman...Mohd Fadzil Abd Karim
Mengingati Allahyarham Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran bin Dandai, negarawan dan agamawan ulung (1930-2021) Engkau adalah simbol perpaduan, kemajuan dan kebanggaan daerah Semporna, yang mana kemuncaknya adalah menjadi anak jati pertama dari Semporna yang menjawat jawatan: - Menteri Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sabah (1971-1974) - Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri Sabah (1974-1976); - Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Malaysia (1990-1994); - Ketua Menteri Sabah ke-8 (1994); - Canselor Pertama Universiti Malaysia Sabah (1994); - Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah (1995-2002); - Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA); dan - Dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan (2017). Jasa-jasa kepada bangsamu serta kepada negeri Sabah dan negara Malaysia sangat banyak dan sungguh tidak terkira. Pemergianmu tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal sangat merentap jiwa kami, ucapan dan nasihatmu pasti akan dirindui. Namun, kami pasrah dan redha atas pemergianmu kerana kami yakin dan pasti bahawa engkau telah berjuang menghadapi ujian maha hebat dengan seluruh jiwa dan ragamu hinggalah ke hembusan nafas yang terakhir. Berehatlah dan damailah engkau di negeri abadi, semoga dianugerahkan ganjaran syurga Firdaus oleh Allah SWT atas segala amalan dan pengorbananmu. Al-FatihahYana Izwan | Grand daughter
“Our thoughts and prayers are with you” Love u grandpa Tun Hj Sakaran Hasim bin DandaiZULAIHA ABBAS
MAY ALLAH SWT EASE YOUR JOURNEY, SIR. THANK YOU FOR YOUR SERVICE