
Mohamed Fadzil Zakaria
Meninggal dunia pada 30 Ogos 2021
Mohamed Fadzil Zakaria
- Tarikh Kematian
- 30 Ogos 2021
- Tempat
- Pulau Pinang
Mengenai Mohamed Fadzil Zakaria
Mohamed Fadzil Zakaria, 59, meninggal dunia jam 5.12 petang pada 30 Ogos 2021. Beliau mempunyai tiga orang anak, termasuk seorang anak tiri perempuan yang dibesarkannya daripada umur lima sehinggalah kematian anak tersebut pada tahun 2018 iaitu ketika usinya 42 tahun. Beliau tidak pernah membezakan antara anak kandung dan anak tiri dan isterinya meninggal dunia pada 2017. Beliau mempunyai empat orang cucu dan membantu membesarkan mereka. Hobinya adalah menyanyi dan beliau mempunyai suara yang sedap didengar. Semasa isteri dan anak tirinya meninggal dunia, beliau mengalami kemurungan dan memenuhi masa dengan menyanyi dan membaca al-Quran. Cita-citanya ialah untuk melihat anak-anak berjaya di dunia dan akhirat. Beliau disifatkan sebagai seorang penyabar yang tabah dan bertarung untuk nyawanya sehinggalah ke hari-hari terakhir. Pada Disember 2020, beliau mengalami lumpuh sebahagian badan selepas diserang strok akibat pendarahan dalam otak sehingga menyebabnya koma selama empat hari. Beliau berjuang untuk kembali sihat selepas diserang angin ahmar. Bagaimanapun, tiga bulan seterusnya, beliau mengalami katarak dan buta satu mata. Anaknya, Izral berhenti kerja untuk menjaganya sepenuh masa berkongsi: "Pada Mac 2021, saya pulang ke Pulau Pinang untuk menjaganya sepenuh masa. Saya meluangkan masa mendengar ceritanya, segala duka lara. Kami tidak akrab sebelum itu tapi menjadi lebih lebih rapat. "Beliau seorang pejuang sepanjang hidupnya."
Sentiasa dalam kenangan
Menunggu perkongsian kata-kata penghormatan.